PMR begitu hampir. Kurang 3 hari sahaja lagi. Bukan sahaja pelajar dan ibu bapa, para guru juga tak kurang merasai debarannya, malah mungkin lebih lagi. Usaha sekian lama diharapkan akan ada hasilnya. Kita sama-sama telah berusaha. Doa tidak pernah putus. Bertawakallah atas ketentuannya kelak.
Apa yang anda lakukan hari ini menentukan jatuh bangunnya anda pada masa depan. Jangan jemu untuk bangun jika sekali terjatuh mahupun berkali-kali terjatuh.
Kami Guru Bimbingan dan Kaunsleing anda hanya mengharapkan yang terbaik untuk diri anda. Allah Maha Mengetahui dan Penentu segalanya. Percayalah Dia hanya akan memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU sahaja.
Semoga Berjaya.
0 comments:
Post a Comment